RAJAH MENUNJUKKAN PERBANDINGAN SPPSV DAN DSKP Perbandingan antara matlamat utama SPPSV dengan matlamat DSKP Tingkatan 1 hingga 5 ( Menengah Atas dan Rendah ). Bincangkan. Sekiranya dikaji mengenai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual (SPPSV) ini lebih menjurus kepada keseluruhan konteks panduan Pendidikan Seni Visual. Hal ini kerana matlamatnya begitu umum dan berpandukan Flasafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat SPPSV cukup jelas menyatakan bahawa tujuannya membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai kritis, kreatif, inovatif, imaginatif dan inventif. Kandungan kurikulum tersebut juga berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran kepada tuhan, hargai keindahan alam, seni, warisan dan bangsa ke arah pembangunan diri, masyarakat, dan negara seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Manakala berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) tingkatan 1, 2 dan 3 atau lebih sinonim dikategorikan sebagai Menenga...